WhatsApp kami — kami balas sendiri
Tiada sistem auto, tiada chatbot. Awak akan bercakap terus dengan orang yang akan setup majlis awak.
Balasan biasanya dalam beberapa jam. Kalau lambat, kami mungkin sedang setup majlis orang lain.
Media sosial
Kami post setup terbaru, video sebelum/selepas dan tips majlis di sini.
Melaka sahaja
Kami cover seluruh Melaka. Penghantaran percuma dalam 10 km dari Taman Rambai Jaya.
- Buka tempahan setiap hari, 9 pagi – 9 malam
- Satu tarikh = satu majlis sahaja
- Deposit RM50 untuk lock tarikh
PDF 3 tema
9 muka surat untuk setiap tema. Senang tunjuk pada pasangan atau orang rumah.
Checklist pelan majlis · percuma
Perkara yang selalu ditanya
Melaka sahaja. Penghantaran PERCUMA dalam 10 km dari pusat operasi kami (Taman Rambai Jaya). Melebihi 10 km, caj bermula RM20 + RM1.00 setiap km berikutnya (15 km = RM25, 25 km = RM35, 40 km = RM50).
Deposit RM50 — bukan 50% daripada harga pakej. RM50 sahaja untuk lock tarikh. Baki dibayar sebelum majlis.
Sebab kami hanya ada 3 meja & 18 kerusi, satu tarikh hanya boleh untuk satu majlis. Semak kalendar di halaman Tempah, atau WhatsApp terus — kami balas cepat.
Semua alas dan sarung kami tahan cuaca biasa. Kalau majlis di luar rumah, beritahu kami awal supaya kami boleh susun atur yang lebih selamat.
Boleh. Kami ada katalog penuh 3 tema dalam PDF — minta melalui WhatsApp dan kami hantar terus. Kalau nak, kami boleh hantar gambar setup sebenar yang paling dekat dengan tema pilihan awak.
Biasanya kami sampai lebih awal untuk setup dan siapkan sebelum tetamu datang. Kami akan confirm masa dengan awak bila tarikh dah lock.
Boleh, selagi tarikh baru masih kosong. Beritahu kami seberapa awal yang boleh.
Ada — Tapak Kek + Bekas Air + Kipas & extension, RM59 untuk satu set.
Masih ada soalan?
Tanya sahaja. Kami lebih suka awak tanya awal daripada awak rasa tak pasti.