ALUNARA · Buku Tamu
Buku tamu digital untuk majlis anda
Tetamu scan QR di meja majlis, upload gambar terus dari telefon. Tiada app, tiada akaun, tiada yang perlu dipasang. Semua gambar terkumpul dalam satu galeri peribadi majlis anda.
Macam mana ia berjalan
- Kami sediakan kod majlis. Selepas tempahan disahkan, kami cipta satu kod 6 aksara untuk majlis anda.
- Anda dapat QR. Kami hantar pautan + QR siap cetak. Letak atas meja majlis atau bagi kepada pengapit.
- Tetamu scan dan kongsi. Isi nama sahaja, pilih gambar, pilih warna film, tekan kongsi. Siap dalam beberapa saat.
- Gambar masuk galeri anda. Semua gambar peribadi — hanya orang yang ada QR majlis anda boleh melihatnya.
Apa yang tetamu boleh buat
Gambar candid
Upload terus dari browser telefon. Tiada app, tiada log masuk.
Filter film stock
Lapan warna bergaya filem sebenar — Kodak Portra, Fuji Superia, CineStill dan lain-lain. Supaya semua gambar nampak satu nada, bukan campur-campur.
Ucapan & doa
Tetamu boleh tinggal ucapan bertulis yang muncul bawah gambar.
Galeri langsung
Gambar muncul serta-merta. Tetamu lain boleh tengok dan besarkan.
Harga
Sekali bayar. Tiada langganan bulanan, tiada caj tersembunyi. Galeri aktif 90 hari selepas tarikh majlis.
Dengan sewa meja
Bundle Alunara
+RM39 atas pakej
- Untuk client sewa meja & kerusi ALUNARA
- 1 majlis, 1 kod QR
- Gambar tanpa had
- 8 filter film stock
- Ucapan & doa tetamu
- Galeri aktif 90 hari
- Kod & QR siap sebelum majlis
Buku tamu sahaja
RM79 sekali
- Tanpa sewa meja
- Produk sama — tiada ciri dikurangkan
- 1 majlis, 1 kod QR
- Gambar tanpa had
- 8 filter film stock
- Ucapan & doa tetamu
- Galeri aktif 90 hari
Soalan yang selalu ditanya
- Tetamu kena install app?
- Tidak. Scan QR, terus upload dari browser telefon. Inilah sebab kami pilih cara ini — app membunuh penyertaan tetamu.
- Orang lain boleh tengok gambar majlis saya?
- Tidak. Setiap majlis ada kod sendiri dan galeri disekat pada kod itu. Hanya orang yang ada QR majlis anda boleh masuk. Jangan kongsi QR di media sosial awam.
- Berapa lama galeri aktif?
- 90 hari untuk Solo, 6 bulan untuk Premium, dikira dari tarikh majlis. Selepas itu muat naik ditutup; gambar lama masih ada dengan kami.
- Siapa yang muat turun gambar?
- Anda. Kami sediakan butang muat turun di panel ALUNARA supaya anda boleh simpan semua gambar sendiri.
- Gambar saya disimpan di mana?
- Dalam storan awan peribadi, bukan di laman web awam. Setiap gambar dibuka guna pautan bertandatangan yang luput dalam sejam — jadi tiada sesiapa boleh teka pautan dan tengok gambar majlis anda.
- Boleh guna untuk majlis selain kahwin?
- Boleh — bertunang, cukur jambul, hari lahir, majlis doa selamat. Apa-apa majlis yang ada tetamu dan ada gambar.
Nak tempah buku tamu?
Beritahu kami tarikh majlis. Kami akan siapkan kod dan QR sebelum hari tersebut.
Sudah ada kod majlis?
Buka pautan pada QR anda — ia nampak macam alunara.my/buku-tamu/ABC234. Kod ialah 6 aksara di hujung pautan.